Subscribe to RSS feed

Tuesday, June 9, 2009

10 fakta menarik tentang darah

  1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah sahaja dalam tubuh kita.
  2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia.
  3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.
  4. Satu pain darah anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.
  5. Susu lembu dicampur darah adlah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
  6. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.
  7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seseorang manusia lain.
  8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.
  9. Pada 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal- Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.
  10. ''Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik.'' -surah al-Mukminun : 14.

0 comments:

Post a Comment