Masalah tidur merujuk kepada keadaan seseorang sukar tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa berasa mengantuk walaupun tidur selama lapan jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal,sering tersenguk-senguk dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
Hasil kajian mendapati seseorang yang mengalami masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Masalah lain yang sering berlaku kepada pengidap masalah tidur ialah :
Hasil kajian mendapati seseorang yang mengalami masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Masalah lain yang sering berlaku kepada pengidap masalah tidur ialah :
- Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
- Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
- Sering tertidur walau di mana sahaja berada.
- Kurang aktif dan kurangmempunyai hubungan sosial.
- Sukar menumpukan perhatian dan fikiransering merawang kepada perkara lain.
- Sering mendapat masalah kejang otot, sakit perut, pening dan lain-lain.
- Sukar tidur, sering terjaga malam atau terjaga terlalu awal.

1 comments:
teruskan memberi info yang berguna dan bermanafat untuk semua..ibu rasa satu hari kak yong boleh jadi seorang wartawan..insyallah!..teruskan..
Post a Comment