Subscribe to RSS feed

Tuesday, June 9, 2009

menangislah, anda akan bertambah sihat

Air mata terbahagi kepada tiga kategori, demikian menurut kajian para saintis dan pakar-pakar perubatan. Pertama, air mata yang berfungsi memastikan mata kita sentiasa lembap. Kedua, air mata hasil gerak balas kepada sesuatu rangsangan saraf (refleks). Air mata ini akan terhasil secara spontan apabila berlaku gangguan kepada mata, misalnya habuk dan hawa pijar daripada bawang.

Kategori ketiga, air mata emosi dan ia terbahagi kepada beberapa sebab kategori lagi mengikut jenis emosi. Air mata ini mengandungi bahan-bahan kimia dan hormon yang berbeza, yang didapati berfungsi meningkatkan penyakit-penyakit berkaitan dengan emosi, seperti dipresi. Bahan-bahan kimia dan hormon ini memang perlu dinyahkan dari tubuh, seperti kita membuang sisa-sisa kotoran ke dalam tong sampah.

Air mata gembira adalah seperti air garam atau air laut. Masin, hingga kita boleh potong timun, cecah dan makan. Air mata yang menitis akibat sedih, bagaimanapun, menurut para saintis, mengandungi kimia-kimia, enzim-enzim serta hormon yang lazimnya terdapat di dalam penyakit ketumbuhan, ulser, bengkak dan kanser.

Ini bermakna, menangis apabila berada dalam kesedihan akan membantu kita membuang sebahagian daripada toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Berdasarkan kajian itu juga, para saintis dan pakar-pakar perubatan mengatakan, lebih kerap seseorang itu menangis, lebih sihat tubuh mereka. Ini kerana air mata bertindak sebagai pemulih tubuh secara semula jadi.

Selain air mata, ketawa juga baik untuk tubuh. Menurut pakar-pakar perubatan, ketawa boleh menurunkan tekanan dan melancarkan peredaran darah serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel antibodi yang berfungsi melawan dan menghapuskan penyakit di dalam badan. Ketawa juga membantu mengurangkan hormon stres.

Ketahuilah, dan menangislah apabila perlu, kerana kedua-dua ini tuhan ciptakan untuk membolehkan kita hidup dengan lebih sihat, tenang dan gembira.

0 comments:

Post a Comment