Subscribe to RSS feed

Sunday, July 12, 2009

irritated

seorang perempuan telah menghubungi seorang lelaki malam semalam. perbualan mereka...

perempuan : hello
lelaki : emm (suara sedikit lain)
perempuan : emm ni siapa?
lelaki : ni kawan ......
perempuan : huh??
perempuan : hemm ni siapa ni? _____ ke?
lelaki : ermmm...(suara ok)
perempuan : u ni.. emm u da tido ke?
lelaki : huh?
perempuan : da tido ke belum?
lelaki : huhh??
perempuan : i tanya, tadi u da tido ke belum?
lelaki : ouh, hmmm dah.
perempuan : hmm ganggu ke?
lelaki : a'ahh.
perempuan : emm kalau i buat super saver boleh tak?
lelaki : tak boleh!
perempuan : hmm i nak cakap dengan u.
lelaki : gi cakap dengan laki lain.
perempuan : alaa nape? i nak cakap dengan u.
lelaki : i nak tido.
perempuan : alaa plss.. i nak cakap dengan u.
lelaki : i nak tido!
perempuan : plss, kejap je.
lelaki : ah, i nak tido la.
perempuan : esok boleh?
lelaki : tak boleh.
perempuan : asal lak?
lelaki : nak tido.
perempuan : (dalam hati, takkan tido 24 jam kot)
perempuan : ala kejap je. takkan tak boleh kot.

lelaki : (dia terus putuskan talian)

perempuan itu sangat sedih kerana dilayan begitu. perempuan itu cuba untuk menghubunginya semula, tapi lelaki itu tidak menjawab panggilan perempuan tersebut. keesokannya perempuan itu menghubungi lagi lelaki tersebut. lelaki itu jawab panggilannya, tetapi dia cuba untuk mengelak daripada bercakap lama dengan perempuan tersebut. pelbagai alasan yang diberi kepada perempuan itu. dan lelaki itu telah menerangkan segalanya. akhirnya perempuan itu baru sedar siapa dirinya. perempuan itu bukan lagi kekasihnya dan mereka tiada apa apa lagi hubungan. mungkin hanya sekadar hubungan kawan tetapi didapati perempuan itu tidak dilayan seperti kawan pun. hancur berkecai hati perempuan tersebut. tapi perempuan itu redha dengan apa yang terjadi. hakikatnya, perempuan itu masih sayang kan lelaki itu yang teramat sangat. tetapi hati lelaki itu mungkin tidak akan terbuka lagi untuk terima kehadiran perempuan itu ke dalam hidupnya. yang pasti, perempuan itu akan pegang janji janjinya. dan mengharapkan lelaki itu turut merasa perkara yang sama. hanya mereka dan ALLAH yang tahu apa janji janji di antara mereka.

0 comments:

Post a Comment