Yeahh, sedikit jamuan KRS secara kecil kecilan telah diadakan di Taman Jaya. Tak ada bajet nak buat tempat lain (: Aku sampai 12 pm. Masa tu dah ada dua orang yang dah sampai, Zahidah and Lisa. Mereka form 2 (: Mereka ini lagi terlebih awal sampai, 11 am! Agak lama kami berempat menunggu si Nurul UK ni. Hmm dianggarkan tak sampai 30 orang yang akan datang but it should be more than 20. Sekali, tak sampai 20 orang pun yang datang. Haha. Memang best. Sebab boleh makan lebih lebih. Ayam KFC tu dua tiga ketul sorang pun tak pe.
Paling lambat, Nurul UK. 2.30 baru sampai ye cik kak :p Ouh, ex-senior Ernia dan Kak Zaty juga turut serta. Kak Zaty ditemani seorang 'bodyguard' tetap, iaitu adiknya. Ehemm, comel la adik Kak Zaty. Hee. Tapi baru standard 6. Lambat nak tunggu. Haha :D Ouh ya, jamuan ni diadakan sekaligus untuk meraikan Cik Nornadiah, yang akan bertugas di sekolah baru pada tahun depan. Kiranya hari ini hari terakhir bersama Cik Nornadiah. Lepas menggemukkan badan, kami nak jadi budak budak! Hee. Nak main kat playground. Panjat sana sini, lompat sana sini, hayun sana sini. Haihh.
Best dengan diaorang nihh. Dengan aku sekali jadi macam diaorang, TAK BETUL. Dah la aku sorang je form4. Paling ramai form2. Form1 ada sorang je. Form3? Tak ada langsung (: Emm jangan kata tak ada siapa yang jemput yee...













0 comments:
Post a Comment