Subscribe to RSS feed

Sunday, November 29, 2009

Senario, Beach Boys



Setelah sekian lama tak nampak dunia luar. Asyik duduk rumah je. Jenuh dibuatnya :p Dah lama tak menonton wayang dengan family. Dan hari ni dengan ketiba-tibaannya *yeke?* ibu ajak satu family tengok wayang. Dah lama plan nak pergi tengok 2012. Tapi asyik busy je.

Andd sampai je kat GSC MidValley tu, 2012 dah full. Hmm tak dapat la tengok. So ibu suruh cepat cepat plan nak tengok cerita apa. Ibu and abah nak tengok
Ninja Assassin. Aku and Alia nak tengok New Moon. Ariff and Sofeyya nak letak mana? Mereka masih di bawah umur. At least aku mungkin boleh lepas. Haha. Perasan :p

Aku yang sememangnya tidak mahu tengok Senario, terpaksa juga beralah. Kena jugak teman adik adik tengok Senario. Sempat jugak ugut ibu, kalau kitorang tengok Senario, nanti kena bagi kitorang keluar tengok New Moon. Haha. Esok baru tengok 2012. Dah beli ticket dah untuk esok sebab takut full. Yela, bila lagi nak tengok. Kang dah tak ada masa kang, kempunaaannn.

Kesimpulannya, Senario boleh tahan best. Belum start lagi orang sebelah aku dah gelak besar. Andd makin lama makin hilang pulak lawak dia. Ariff and Sofeyya pun dah buat perangai, tak duduk diam. Habis je Senario, kami adik beradik tunggu la ibu and abah kat McD. Sempat jugak Ameerah ushar sana sini :D

0 comments:

Post a Comment