Subscribe to RSS feed

Monday, June 29, 2009

jalan jalan

kelmarin, sabtu 27 jun 09. that day was a school day. but im still going to school. for getting the full attendance! :p petang tu lak ibu cakap mama and ayah cik datang. so tak dapat la aku gi library lepas skolah. yo yo o je ibu suruh balik awal, tapi bile sampai rumah, tunggu punya tunggu, pukul 4 lebih mama and ayah cik datang. lambat! tapi tak pela. sebelum tu pun aku tidur je. hee. mama datang sebab nak amik ukuran baju aku and alia. untuk wat baju nak pakai mase kak ngah kawen nanti. lepas tu cikna lak datang. then before maghrib, mama and ayah cik balik dan terus gi hulu langat, jenguk abg sham.

malam tu lak, ibu terfikir nak gi beli kain untuk kebaya putih tu. aku laju je cakap, jom! kitorang beli kain kat carrefour subang, kat nagoya textile. alang alang beli kain untuk akad nikah kak ngah nanti, ibu beli kain untuk hari raya skali. kejap je. beli kain je, lepas tu balik. but before balik, kitorang nak gi makan dulu. kitorang makan kat kawasan rehat R&R awan besar, highway kesas.. aku pun tak tau tempat tu kat mana. masa tu kitorang order sate kajang, kerang, and minum minum je. kerang tu sangat la busukk!! tapi aku makan gakk. (: i have a great time last two nights (:






adiff imran <33

aku tak ingat hari ape. kak long and family datang umah lepas habis kerja. malam tu pulak kak long and abg long tinggalkan adiff kat rumah. so, yang jaga budak tecik ni aku and alia. malam tu masa kak long keluar dengan abg long, alia cakap adiff tak mandi lagi. aku pun mandikan la si adiff ni. dalam bilik air, adiff syok giler main air. die suka main paip getah tu. and adiff suka simbah air kat kaki aku. bila aku elak, adiff gelak. haha. tapi ade ke patut adiff gi letak paip getah tu dalam mulut die. ape lagi, tertelan banyak air la. tapi die still gelak. adiff adiff. sayang adiff! (: 

Thursday, June 25, 2009

open day yang sangat busann :p

sampai je skolah, dah tau dah mesti ramai yang tak datang. kelas 4A1 bagus. 18 orang je datang. yang ku tidak percaya, si goutami pun datang! haha. memang tak pernah aman bumi ini kalau die ada :D masa berlalu agak lambat. makin lama student makin kurang. tapi nasib baik aku bawak UNO card. member member yang paksa aku bawak. nanti tak la bosan sangat. kitorang main uno and heart attack. masa main, memang heart attack betol ar. bila sorang heart attack, semua gelabah. tapi yang heart attack tu relax. yang gelabah tu ar memang betol betol heart attack. haha. tapi farhana lagi tak boleh blarr. die over excited giler H1N1. masa tengah main, aku tak heart attack lagi. tapi aku acah acah yang aku nak heart attack, yang gelabah dulu sape lagi, farhana ar. belum pape muka dah cuak. so the real heart attack player/patient is nor farhana binti shaik abdul kader! haha.

kitorang main heart attack sampai tak turun rehat. malas. duduk dalam kelas je. lepas rehar, our guardian prefect kena jaga kelas. aku takut gak masa tu sebab takut tak boleh main card. tapi tengok keadaan durgadevi (guardian prefect) nampak baik je mood die. zahratul mintak izin then duragdevi terus bagi. lagi best, durga cakap die pun nak tumpang sekaki. haha. pengawas yang sangat baik dan disayangi oleh aku je. hee... tapi kali ni kitorang tak boleh bising. so kitorang main heart attack cara lembut x) yang pasti farhana tetap menggelabah. memang giler minah ni. makin lama makin bosan. aku tak tau nak watpe lagi, aku main conteng conteng whiteboard. sangat bosan tadi. nasib baik dapat gi library awal sikit. emm awal banyak kott. kalau tak kena naik metro bus cap sardin yang dah expired tu (:








Wednesday, June 24, 2009

A&W rawk! x)

masa aku sampai library tadi, aku terus naik level 3. siapkan accounts. lepas tu baru lepak dengan mira naw and izwanie while waiting for the tuition. tak lama lepas tu, suddenly ibu called me. and ibu asked me, ''kakyong kat mana?'' i answer, ''ibu kat mana?'' then ibu asked me again, ''kakyong kat mana?'' aku pun jawab jela aku kat library dengan mira naw. then ibu suruh turun gi cafe. ibu belanja makan. rupenye ibu singgah library sebab sebelum tu ibu and abang gi assunta hospital. tak habis habis dengan lelah. lepas makan, abah hantar kitorang gi tuition. so tak payah la penat penat jalan kaki (: kat tuition hari ni agak bosan. kureng best, tak macam sebelum ni. budak laki bising, agak kureng ajar dengan mr. mani.

sampai rumah aku tidur jap sambil tunggu cerita manjalara (: best cerita tu. then kak long datang. and malam lak we all gi A&W depan amcorp mall. agak banyak ibu belanja. actually kitorang just celebrate father's day.
happy belated father's day abahh (: aku yang sangat lapar, aku makan dulu. ibu cakap, ''tak makan berjemaah ke?'' abah jawab, ''alahh, makan jelah.'' hee.. tapi yang tak boleh blarr abang long la. adiff nak root beer. abang long lak macam nak tak nak je bagi kat adiff. adiff mengamuk la. lastly abang long habiskan root beer tu. sian adiff. haha. dah melalak, ape lagi, adiff kena masuk kereta dulu. tunggu kitorang habis makan. penuh giler perut aku. sampai rase susah nak bernafas. haha. kebulurann...x)

credit to alia :) love this pic.

piya: ayoyo!

adiff is driving! :p

adiff

ibu abah <3

kak long yoyo o paksa ibu suruh pose macam budak zaman sekarang. baru nampak remajaa :D

kak long andd family

peacee :)

Monday, June 22, 2009

bersyukur dengan apa yang ada...

Alhamdulillah.. bersyukur la dengan apa yang Allah dah tentukan pada kita. sesungguhnya ramai lagi yang lebih susah. CHILD LABOUR. renungkan nasib mereka ini. kalau korang rasa korang lebih teruk bekerja, cuba bandingkan kerja korang dengan budak budak nie.
13 years old. Islam works in a silver cooking pot factory. He has been working at the factory for the last two years, in hazardous condition, where it is common practice for the factory owners to take on children as unpaidapprentices, only providing them with two meals a day.

Children at a brick factory in Fatullah. For each 1,000 bricks they carry, they earn the equivalent of 0.9 USD.

Jainal works in silver cooking pot factory. He is 11 years old. He has been working in this factory for three years. He start working from 9am - 6pm. For his work he gets 700 taka (10 USD) for a month. Dhaka 2008.

13 years old. Liyakot Ali, working for 10 hours per day in hazardous condition, for a weekly wage of 200 taka (3 USD). Dhaka, Bangladesh.

10 years old. Shaifur working in a door lock factory in Old Dhaka. Unlike his colleague, Shaifur works without a mask.

A young labour making metal components at a factory. Dhaka, Bangladesh.

7 years old. Jasmine collects rubbish from a steamingrubbish heap on a cold wintermorning.

dah keding tu keding je laaa...

today is monday (: like usually, every monday we got the boringestest assembly. membebel pasal koperasi ape tah. sokonglah koperasi sekolah kita! WTH? after assembly, class 4c1 ade seni, i think. sebab mereka mereka semua keluar kelas. maybe they went to the bilik seni. masa tu aku tak tau yang si jongos tu nak sound nasyitah ari ni. yang aku tau, die ada mintak tolong mira naw utk backup. tu je. time sejarah, which is it was before recess, aku gi toilet. konon macam nak bocor :D tapi tak pun. then terserempak dengan nasyitah. muke habis merah! sebab nangis. aku tanye nape. die cakap sebab fit. and i was like, "fiq?". aku yang salah dengar. hee. rupenye pasal fit***. mase tu aku dah agak, ni mesti pasal kes bedah tak gune tu! tapi yang aku tak sangka, nasyitah nangis sebab si fit*** tampar nasyitah! tak gune punye keding! ape, die ingat die tu mak nasyitah ke hape? suke suki nak tampar anak orang. mentang mentang kat skola, boleh la ko bawak geng kan. setakat bedah tu, 50 pun aku boleh cari lebih baek la! dasar keding dan jongosss! bak kata syafiqah anak ramli, ''geram betol! kalo aku tampar, beteghabor gigi die!'' ey bedah, nasib baek ko tak jejak library tadi. kalo tak, mmg ko kene skali. aku pun ade geng la :) aku ade mira naw. haaa... ko ade si keding tu je. tak boleh lawan mira naw la. peha mira naw lagi besar dari perot ko. :D kalo kena pijak, paham paham jelaa.. setahun tak..... _ _ _ _ _ _ xD

Friday, June 19, 2009

ibu... abah... ):

hari ni pagi pagi buta lagi ibu dah keluar rumah. ibu gi bandung, indonesia. because office ibu ade staffday. bestnyee... asyik ibu je gi. kakyong nak ikot tak boleh. huh. and abah lak gi port dickson. ade staffday jugak. argh! dua dua ade staffday, aku ni yang tak dapat gi interact club carnival esok! arghh. and kalo nak tau, hampir enam tahun family and aku tinggal kat maktab ni, aku tak pernah bermalam tanpe salah sorang dari ibu or abah. tapi malam nie?!! buat pertama kali terpakse bermalam dengan 4 beradik je. ibu abah takde! sumpah aku takut. nasib baik kawasan umah aku ni ade 6 family je. tapi takut gak sebab tak pernah! tapi bila pikir balik, best gak. bila ibu abah takde, rumah ni seperti ana yang punyaa! haha :D yang pasti, ibu da janji nak bagi aku hangout dengan member nanti. yela, sepatutnye esok aku hangout after carnival tu. tapi tak boleh sebab darurat sedang berlaku! :p hmm... ''ibu! jangan lupa beli baju chantekk punyee untuk kakyong tau! boleh pakai mase kakngah kawen nanti. heee. andd kalo boleh nak kasut??'' (muke seposen) (:

Thursday, June 18, 2009

WTH?

biasa keluar dari skola sama sama dengan mira naw. tapi hari ni keluar sorang sorang and cepat cepat. biasa pergi library dengan mira naw, tapi hari ni gi sorang sorang. biasa gi library naik bas dengan mira naw, tapi hari ni aku call abah to fetch me and send me to the library. biasa duduk kat library dengan mira naw, tapi hari ni aku duduk tempat lain sorang sorang. kenapa? sebab aku moody. because someone makes a big trouble to me. sebab die, aku moody dan teramat marah pada die. rasa benci mula naik dalam hati ni. tapi aku kena kawal perasaan tu sebab tak nak simpan benci pada orang, tak baik untuk aku.

and thanks to someone because i have you when i need you. thanks because helping me to face this suck trouble. i feel very thankful have a friend like you. because only you can understand me and only me can understand you, i think. (: thanks a lot. 

kindergartenmate...

hari rabu, macam biasa, pergi tuisyen kul 3.15pm. lepas skola aku and mira naw tunggu bas. lama giler! masa tu aku rasa aku keluar skola tak la lambat sangat. awal ade la. tapi bas tak sampai sampai. lastly aku amik keputusan, aku jalan kaki je dengan mira naw. penat penat! sebab da lame tak jalan kaki. sampai library kitorang siapkan koje maths. tapi aku tak siapkan pun sebab da nak dekat kul 3. terus kemas barang and gi tusiyen.

sampai tuisyen, aku letak bag and macam biasa, singgah mcD beli milo ais! wajib tuh! (: then bila aku masuk kelas, tau tak aku nampak sape? aku nampak azhad! my kindergartenmate! lame giler tak jumpe mamat nih! kalo ikotkan mak die ni kerja same tempat dengan abah. tapi sebab ade satu lagi cawangan kat sarawak, so mereka mereka pindah sana sebab mak die ditransfer kat sana. last skali jumpe masa habis tadika la. lepas tu tak jumpe langsung. muke tak berubah. still dalam kegelapan. haha :D sakai sakai sikit. dalam kelas die senyap saje. duk depan skali macam budak baik. mamat ni rapat la jugak dengan aku dulu. banyak main dengan die. bukan main tu eh! pikir baekk sikit :p

mr. mani pulak. haha. die mengatakan aku bini bongsu die xD bini sulung sape lagi. jasmin la.. 2nd and 3rd and seterusnye aku tak tau. sebab kalo boleh semua girl student tu bini die. haha. tapi aku la bini bongsu die. then mr. mani cakap iznie pun bini bongsu die. aku cakap ''ala cikgu, saya sorang bini bongsu cikgu cukup la. watpe banyak sangat,''. then mr. mani said, ''takpe, iznie bini bongsu saya kuasa dua,'' haha. aku lak cakap kat mira naw yang die bini cikgu yang bongsu squareroot xD. anyway, i hate that buffalo! that somalia tu la! bising. aku ape lagi, maki die suh senyap. then kena dengan cikgu. padan muka ko! pendek!

Sunday, June 14, 2009

mr. muzaidi amri :D


muzaidi amri and me (:

12jun, malam tu satu family and family kaklong skali gi kat bandar baru klang. jumpe pokrie (: die bukak bisnes baru. name bisnes tu SERENDIPITY D'FORTRESS. ibu cakap mcm name spa. haha. malam tu ade bace bace yasin and makan makan. and sambut birthday pokrie skali tapi da lepas, 04jun. yang ke 33 kot. da tua da. haha :D lame duh tak jumpe pokrie. last skali aku jumpe pokrie, mase tu kat hospital IJN. ayah pokrie sakit. bulan 12 lastyear. makin hensem aku tgk tapi tak tinggi tinggi. sentiase dalam keadaan rendah :D ala, rendah rendah laa. janji duit masuk ekk. (:






salah satu produk yg pokrie jual. lotion ni wangi giler! pokrie, bagi free? (:
nak beli mesti mahal :p

Thursday, June 11, 2009

argh!

sumpah hari ni bosan sangat! library library library. bukan bosan gi library. tapi bosan kat umah. cuti dua minggu aku tak hangout dgn mmber pun! sumpah, tak sabar tnggu bukak skolah nanti. kalo hari hari skolah lagi bagos. cuti skolah sangat membosankan! nak mintak kuar dgn mmber?? jgn harap! mintak izin nak kuar dgn mmber, ade je alasan. bile gi library hari hari, marah. eyh aku ada sebab la slalu gi library tu. aku gi sane bukan main main! aku wat kerja! ni tak, gi library pun bising, kalo mintak hangout dgn mmber lagi bising! duhh, aku bukan anak patung la nak simpan kat umah lame lame. aku pun orang. bukang barang! eyh tension ar mcm nih! mcm tak ade life sendiri.

WTH??

antara penyakit-penyakit yg boleh dijangkiti dari BABI

  • Anthrax
  • Ascaris suum
  • Botulism
  • Brucella suis
  • Cryptosporidiosis
  • Entamoeba polecki
  • Erysipelothrix shusiopathiae
  • Flavobacterium group II b - like bacteria
  • Influenza
  • Leptospirosis
  • Pasteurella aerogenes
  • Pasteurella multocida
  • Pigbel
  • Rabie
  • Salmonella cholerae-suis
  • Salmonellosis
  • Sarcosporidiosis
  • Scabies
  • Streptococcus dysgalactiae (group L)
  • Streptococcus milleri
  • Streptococcus suis type 2 (group R)
  • Swine vesicular disease
  • Taenia solium
  • Trichinella spiralis
  • Yersinia enterocolitica
  • Yersinia pseudotuberculosis

p/s : berbelit lidah nak sebut (:

Wednesday, June 10, 2009

tuisyen (:

ari ni tuisyen. aku tak tau ape da jadi dgn mr.manivannangovin (cikguaccountskami). die sdikit gila ini hari. sdikit tarak butul. haha. kitorang bincang pastpastyear questions. bile turn question no.9, he said question no.10. dan seterusnye lah. da mcm tak betul kitorang tgk cikgu nihh. tak kan teringat kat bini kat umah kot :D ouh, maybe vithiya ade 'call' tadi, tu yg cikgu angau sikit kott (: cikgu ramai sgt bini. simpan bnyk bnyk jgn smpai lupe ye cikgu, ekk?

then ade la sorang boy student (nazri, i think) ni tgh ckp ckp dgn kawan depan die. mungkin die g pegang kawan depan die tu, and mr. mani pun ckp ''Oi, ape raba raba ha?'' then sume gelakk :D mcm mcm bnda terjadi kat tuisyen hari ni. gay la, botak la, balik la, bapak ayam la, raba la, paparazi la. ckp pasal botak, tibe tibe mr. mani ckp die nak botak kan kepala. die ckp sbb die malas nak sikat rambut pagi pagi. aku ckp ''tak payah la sikat cikgu, biarkan serabai je.'' then cikgu ckp, ''ouh, biarkn serabai ye..'' aku ckp, ''a'ah cikgu. serabai kan hot :)'' then got one chinese student i think, he said ''botak nanti mcm gay!'' :D then mr. mani ckp, ''deyh, ape gay gay. aku bukan mcm tu lah,''..

tapi yg pasal raba tu tak blh blarr. mule mule sorang kene, then satu geng ni kene. ape lg, mr. mani kate dorang ni ade raba company sendiri xD. adeyhh...si paparazi (azrul's friend) or reporter tu lak diam je. then mr. mani tanya die, ''deyy paparazi, ade tulis belum pasal dorang ni? eyh tapi ko jgn ambik gambar orang tgh mandi pulak tau!'' paparazi pun mnjawab, ''camera rosak la cikgu,''..haha.

and tgh bincang bincang for the answer for some of question, ade yg suka jwb B. B for BALIK.
mr. mani: what the answer for this question?
student: B, BALIK!, B, BOTAK! B, BAPAK AYAM! :D


Tuesday, June 9, 2009

menangislah, anda akan bertambah sihat

Air mata terbahagi kepada tiga kategori, demikian menurut kajian para saintis dan pakar-pakar perubatan. Pertama, air mata yang berfungsi memastikan mata kita sentiasa lembap. Kedua, air mata hasil gerak balas kepada sesuatu rangsangan saraf (refleks). Air mata ini akan terhasil secara spontan apabila berlaku gangguan kepada mata, misalnya habuk dan hawa pijar daripada bawang.

Kategori ketiga, air mata emosi dan ia terbahagi kepada beberapa sebab kategori lagi mengikut jenis emosi. Air mata ini mengandungi bahan-bahan kimia dan hormon yang berbeza, yang didapati berfungsi meningkatkan penyakit-penyakit berkaitan dengan emosi, seperti dipresi. Bahan-bahan kimia dan hormon ini memang perlu dinyahkan dari tubuh, seperti kita membuang sisa-sisa kotoran ke dalam tong sampah.

Air mata gembira adalah seperti air garam atau air laut. Masin, hingga kita boleh potong timun, cecah dan makan. Air mata yang menitis akibat sedih, bagaimanapun, menurut para saintis, mengandungi kimia-kimia, enzim-enzim serta hormon yang lazimnya terdapat di dalam penyakit ketumbuhan, ulser, bengkak dan kanser.

Ini bermakna, menangis apabila berada dalam kesedihan akan membantu kita membuang sebahagian daripada toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Berdasarkan kajian itu juga, para saintis dan pakar-pakar perubatan mengatakan, lebih kerap seseorang itu menangis, lebih sihat tubuh mereka. Ini kerana air mata bertindak sebagai pemulih tubuh secara semula jadi.

Selain air mata, ketawa juga baik untuk tubuh. Menurut pakar-pakar perubatan, ketawa boleh menurunkan tekanan dan melancarkan peredaran darah serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel antibodi yang berfungsi melawan dan menghapuskan penyakit di dalam badan. Ketawa juga membantu mengurangkan hormon stres.

Ketahuilah, dan menangislah apabila perlu, kerana kedua-dua ini tuhan ciptakan untuk membolehkan kita hidup dengan lebih sihat, tenang dan gembira.

10 fakta menarik tentang darah

  1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah sahaja dalam tubuh kita.
  2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia.
  3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.
  4. Satu pain darah anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.
  5. Susu lembu dicampur darah adlah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
  6. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.
  7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seseorang manusia lain.
  8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.
  9. Pada 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal- Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.
  10. ''Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik.'' -surah al-Mukminun : 14.

Monday, June 8, 2009

masalah tidur

Masalah tidur merujuk kepada keadaan seseorang sukar tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa berasa mengantuk walaupun tidur selama lapan jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal,sering tersenguk-senguk dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

Hasil kajian mendapati seseorang yang mengalami masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Masalah lain yang sering berlaku kepada pengidap masalah tidur ialah :

  • Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
  • Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
  • Sering tertidur walau di mana sahaja berada.
  • Kurang aktif dan kurangmempunyai hubungan sosial.
  • Sukar menumpukan perhatian dan fikiransering merawang kepada perkara lain.
  • Sering mendapat masalah kejang otot, sakit perut, pening dan lain-lain.
  • Sukar tidur, sering terjaga malam atau terjaga terlalu awal.

ciri-ciri EQ tinggi

    • Boleh melahirkan perasaan dengan jelas.
    • Tidak takut melahirkan perasaan.
    • Tidak menjadi hamba perasaan negatif seperti takut, risau, malu, putus asa, teraniaya.
    • Berupaya memahami tingkah laku bukan lisan.
    • Menggunakan perasaan untuk menyeimbangkan tindakan, sebab munasabah, logik dan kenyataan.
    • Bermotivasi dalaman.
    • Mengharapkan kejayaan.
    • Belajar daripada kegagalan.
    • Mengiktirafkan perasaan orang lain.
    • Tidak jadikan ketakutan dan kerisauan sebagai penghalang.
    • Boleh kenal pasti pelbagai perasaan.
    • Ciri-ciri individu berkeyakinan diri yang tinggi.
    • Sikap yakin diri.
    • Hormat diri.
    • Mencari peningkatan diri berterusan.
    • Rasa harmoni dan tenang dalam diri.
    • Hubungan interpersonal yang baik.
    • Menerima tanggungjawab.
    • Menerima kekecewaan/kegagalan dengan baik.
    • Tegas.
    • Disayangi dan menyayangi.
    • Self-directed atau bebas.

ciri-ciri EQ rendah

  • Tidak bertanggungjawab terhadap perasaan sendiri.
  • Tidak boleh meluahkan perasaan seperti menyatakan ''saya rasa.....''.
  • Tidak boleh menjelaskan perasaan yang dialami.
  • Mengganggu dan tidak mengiktiraf orang lain.
  • Berleter.
  • Menghukum orang lain.
  • Menyembunyikan perasaan sendiri.
  • Menyalahkan orang lain.
  • Bertindak mengikut perasaan (tidak bercakap mengenainya).
  • Tidak peka kepada perasaan orang lain.
  • Tidak berwibawa dan estim diri sendiri.
  • Selalu rasa tidak selamat dan tidak mahu kalah.
  • Anggap diri sebagai mangsa yang tidak berupaya.
  • Sering kecewa, sedih dan teraniaya.
  • Suka melahirkan perasaan menggunakan perkataan yang tidak sopan.
  • Suka mengungkit.

homework

homework belum siap. so? siapkan la! bosan, asyik buat homework. time cuti pun cikgu bagi homework. agak agak la sikit cikgu oii. orang nak relax (: tapi masalahnya ni homework yang da lama aku tak hantar :p tibe tibe cikgu cakap cikgu nak lepas cuti, bukak skolah, hari isnin, first period! homework ape kene hantar?? EKONOMI ASAS..... buat ape? LENGKAPKAN NOTA.... sampai?? BAB 3.... aku?? bab 2 pun tak habis lagi. selalu gi library, buat memang buat. tapi tak sampai sejam, tangan da beku. camane nak siap. tapi hari ni aku sorang sorang kat library ): mira naw best la! die dpt kuar gi pyramid ngan shasha! husna pun ade ekk?? best ar korang. sorry tak dapat nak join skali. sorry ek shasha. aku tau ko rindu aku banyak banyak. aku pun sama. emm lain kali kite kuar k. insyaallah.. tak pun bile bile if aku free aku gi umah ko je. k? hmm bosan duk umah. tak blh kuar jalan jalan ngan mmber pun. merul?? sebulan lebih tak jumpe!

6 jenis wanita MALANG

''Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah dan yang Hananah. Dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.''
  • Wanita Ananah - Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita Mananah - Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ''Aku membuat itu keranamu.''
  • Wanita Hananah - Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • Wanita Hadaqah - Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • Wanita Baraqah - Ada dua makna. Pertama, yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak tahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
  • Wanita Syadaqah - Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

19 keistimewaan wanita

  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
    lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ''Ibu lebih penyayang daripada bapa dan orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah SWT. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan di pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9. Dari Aisyah r.a. ''Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a. berkata, ''Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?'' Jawab Rasulullah, ''Suaminya,''. ''Siapa pula berhak terhadap lelaki?'' Jawab Rasulullah, ''Ibunya.''
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Sunday, June 7, 2009

penjahanam!


kalau nak ikotkan, benda ni dah lame. tapi aku saje nak citer citer. mase ni kat library (rumah kedua aku). macam bese, berdua lebih baik, aku andd mira nawnawnaw je mase tu. ade satu hari tu kitorang lepak level 2. meja dekat dgn tmpat fotostat tu. lepak and lepak and lepak, then kitorang nampak dua org pompuan ni nak fotostat. mira naw kate pompuan tu fotostat tak pakai card. biar betol kan. lepas pompuan2 tu blarr, kitorang dgn tangan gatal gi la try 'main main' dgn mesin fotostat tu. saje nak try kot kot dpt. jimat la duit ekk. try and try and try, tak boleh jugak. then kitorang check plug die. aku yg tak tau ape ape, aku tekan je. tibe tibe mesin tu brbunyi. dgn terkejutnya, aku terlompat seperti lipas berkeliaran di kaki. lawak giler time tu. taik ar ko mira naw, ko gelakkan aku :DD tetapi penjahanam mesin fotostat sebenar adalah AMIRAH NAWWARAH!! aku report kat mak ashween nanti! bukti?? ADA!



Saturday, June 6, 2009

bro hazil's wedding


me, aty, kak eyka andd alia

sabtu, 6 jun '09, we all satu family gi bandar sunway, gi umah kak eyka (mybestestestsister!). bcoz abg kak eyka, abg hazil kahwin. alhamdulillah kahwin jugak akhirnya abg hazil ni (: actually mlm jumaat tu aku dah gi daa umah kak eyka. saje tolong tolong. tolong tgk je. sempat gak ikot kak eyka amik cousin die kat KTM subang. tak tau la ape nama die. tapi die kerja DJ. andd sempat gak share stories with kak eyka. kak eyka, yg pasal tuuu tu, ala chill je. kakyong kan ade :p hmm tapi yg sedihnye, mase abg hazil kahwin tu, aku tak sempat langsung amik gambar. dgn kak eyka pun tak sempat. argh! ibu la ni, nak sgt balik cepat. suruh tunggu abg hazil bersanding pun tak nak. aku pun kempunan tgk abg hazil dgn bini die tuh. apa apa pun, lauk die sedap :D sumpah sedap! mira naw, rugi ko tak ikot. ahaha.

tapi tapi kak eyka, yg pasal hangout together gether tu, confirm jadi eh? hihi. dah ade driver senang sikit nak kuar. :p bukan ape, actually kakyong, akak and baby yah rindu kak eyka tau. yela,  kak eyka pun prasan kan, kite semua tak macam dulu lg. tak selalu jumpa. so, bila kak eyka dah ade kereta, senang la nak jumpe. hihi. anyway, aku tgk abg anan tu, keding sangat! haha. tak padan tak padan. :p besar lagi adik aku dari die. tapi adik abg anan hensem (: (merulmerulmerul) x) kak eyka, we'll miss you a lot. wedding's picture?? pic pelamin ade la (:



Monday, June 1, 2009

sunway lagoon


dapat surprise free tickets to sunway lagoon from ibu! happy sungguh di saat itu. actually we all gi 19april09 hari tu. tapi faham faham la, baru ada blog. haha. saja saja masukkan supaya tidak lupa gitu. ibu ajak mira nawnawnaw n merul mydear skali. diorang ikot! tu yg best tu. kebetulan on the same day was merul mydear's birthday. lagipun mmg die nak aku ade dgn die mase birthdaynya. so peluang sudah ade, aku guna la sebaik mungkin utk teman die sehari suntuk! kaklong n her family n kakngah n tunangnye itu turut bersama kami. (skemaskema) lepas sunway lagoon, gi sunway pyramid pulekk. all merul's friends tunggu die kat situ. aku ikot jela walaupun tak suke. sorry merul :))anyway, i have a great time with u on that day. love it. thanks belanja A&W. hee. mira naw? die hyper giler babi. sian babi tu giler. mule mule nak sgt ajak nana. konon takot sorang, takot aku tak layan die. die ingat aku layan merul jela. tapi nana tak jadi gi. die cikukukukungunya. haha! tgk tgk mira naw paling hyper. tak ingat dunia langsung gitu. :D mira naw, jangan pandang aku sebelah mata yerr. kat theme park lak, aku mcm biasa la. amik feel dulu. blum ape ape lg dah menjerit. haha. ape ape pun, aku tgk merul mcm tak suke ikot my family gi sunway lagoon. merul, u tak suke ke?? hmm nampak mcm tak selesa je. patut la nak sgt gi jumpe mmbr kat pyramid tu. hmm pape jela. yg penting aku puas. ibu, nextyear nak gi lagi boleh takk?? boleh ekk?