Subscribe to RSS feed

Thursday, July 30, 2009

july test

post ni aku taip masa kat library. hari jumaat, 31july09, 1.50pm :D aku pinjam laptop zahratul. kami pergi library sama sama hari ni. jalan kaki. together gether. berdua lebih baik :) hari ni class 4accounts1 ada english and basic economics test. for english, keluar IF and THE LOTUS EATER. and some of objective questions. huh, dua dua aku tak faham jalan cerita sebab tak baca. tapi sebelum test, sempat jugak zahratul explain dua dua cerita ni. nasib baik july test ni tak formal. maksudnya, test kali ni takde la susun susun meja, letak beg kat luar. test ni macam biasa je. tapi tak boleh bincang laa. name pun test. tapi kitorang ambik kesempatan jugak. haha. yela, meja memang tak susun, so tak de la duduk jauh jauh. ape lagi, tiru tiru la x) sebelah kiri aku zahratul, sebelah kanan aku mira naw. belakang aku rina and hutey. mereka ini memang boleh pakai. test tadi dah macam bukan test. masing masing pakat tiru. memang tempah maut ar tadi.
yang over skali aku la, pusing kiri kanan, depan belakang, mintak jawapan. memang tak cover langsung. gelabah baii, takut gak cikgu prasan x) masa english test, cikgu suruh jauhkan meja sikit. alaa sikit je. masih boleh meniru. hahaa. soalan die, boleh tahan senang la jugak. kalau nak jawapan dari mira naw or zahratul, aku koyak kertas kosong and bagi diorang, and tanya jawapan. tak boleh nak jeling jeling sebab meja jauh sikit. tapi best ar tadi. bile dah jadi macam ni, aku merasakan bahawa aku sudahh expert tiru tiru orang :D hahaa.

Wednesday, July 29, 2009

bad to bored

hari ni sedikit busann. skolah library rumah, skolah library rumah :p itulah rutinku setiap hari. hari ni kat skolah ade test. sepatutnya ade science and accounts test. tapi cikgu science kitorang, miss cecelia was absent! kenapa tak berhenti je? xD ouh ya, today is a bad bad day for mira naw. she's not feeling well today. very bad fever. after recess aku terus gi sick bay, melawat mira naw (: seperti terlantar di hospital, sangat sangat teruk. mase tu kipas tak bukak. aku panas giler, tapi mira naw sejuk! die dah pakai sweter pun sejuk lagi. siann ): bila dah tengok teruk sangat, aku paksa mira naw call abah die. yela, dah teruk sangat.

aku paksa die gi clinic. check, mane tau ade
influenza. i'm serious. hmm sebelum ni memang la asyik gurau gurau pasal H1N1 ni, tapi kalau betul betul kena macam mana? haaa.... bukan ape, semalam mira naw ade teman nelfi (form 5) gi clinic. semalam nelfi pun demam teruk. then hari ni mira naw demam, die cakap mungkin die berjangkit dari nelfi. hmm demam kalau dah cepat berjangkit, kot kot H1N1? mane tau kan. aku takut jugak, kalau betul betul ade, aku pun mungkin kena. yela, aku satu kelas dengan die. duduk sebelah die. hari hari dengan die. hmm get well soon ya mira naw??

tuition, 3.15pm. nasib baik mr. mani datang awal (: macam bosan lak mira naw takde. macam biasa, sebelum masuk class, singgah mcD dulu, milo ais milo ais (:
someone treat me. every week ade borang belanja kan best? x) tuition tadi, ade time best, ade time bosan, ade time geram! bosan bila mr. mani serious sangat. geram bila budak kurang ajar tu jadi terlebih kurang ajar! menyampah betol dengan die. mulut tak reti nak senyap. buat lawak bodoh. cikgu panggil die badak. memang sesuai sangat laa.. lepas tuition, gi library dengan juwita. then lepak sorang sorang baca magazine, kat sudut yang ''sangat selesa'' itu :p

happy birthday!


today (28july09) is my mum's birthday, puan rosamawati binti idris. happy birthday ibu! sweet 43! i love you very muchiee! thanks for everythingyy. forgive all my wrongdoings towards you. hmm macam hari raye pulek x)

Saturday, July 25, 2009

exercise

just came back from taman tasik titiwangsa! ibu ajak aku and alia jogging kat sana. sangat la best. pukul 7.15 kitorang dah sampai. pagi ni hujan lebat giler baii. dari rumah sampai titiwangsa tuh. actually kawan ibu, auntie asmah yang ajak excercise kat sana. sebab tiap tiap hari ahad ade aerobik. auntie asmah cakap memang best. so ibu pun ajak la kitorang skali. dah lama tak excercise :p kalau tiap minggu macam ni, boleh turun boghat badan den ni haa. sampai sana, kitorang tunggu auntie asmah dulu. sebab kitorang baru nak join. satu masalah, ibu tertinggal handphone kat rumah. so susah nak contact auntie asmah. nasib baik aku ade simpan handphone number auntie asmah. so guna handphone aku laa. melayang credit. call celcom number lak tu. hmm terpaksaa. tapi bila call auntie asmah, tak dapat dapat. asyik masuk voicemail je. last last, kitorang aerobik dulu. then baru auntie asmah join. rupanya auntie asmah pun sampai awal awal pagi lagi. tapi die jogging dulu. handphone die pun die tinggalkan dalam kereta. tu yang tak dapat call tu.

sangat happening tadi. sumpah lepas ni aku nak pergi lagi. taman jaya bosan :D tadi hujan pun tak benti benti. rintik rintik. so kami aerobik dalam hujan. aku dah kuyup. kasut and stokin aku pun basah kuyup. memang tak selesa pada ketika itu. ibu lagi la, sempat ushar lelaki yang conduct aerobik tu. ibu cakap dari jauh nampak macam ako mustapha. dari dekat, boleh laaa... nampak tua sikit. ibu cakap, aku tak cakap. oppsss x) one more, auntie asmah cakap, every weekend ade tema. i mean tema warna baju la. hari ni tema warna biru. so aku and alia pakai baju biru (: nextweek die cakap warna merah lakk. mesti bertambah happening minggu depan.

with auntie asmah




before balik, aku ajak ibu gi KLCC jap. saje jalan jalan. just gi taman KLCC je. tak masuk dalam pun. ambik ambik gambar. pose sana, pose sini :D kejap je, tak lama. then terus balik. sampai je rumah, aku terus basuh stokin aku, sebab warna kasut dah luntur and terkena kat stokin. shit!


shopping!

semalam aku plan dengan mira naw, sepatutnya kitorang gi skolah hari ni. ade kem ibadah. kem ni untuk form3 and form5 je. tapi dengar citer form5 ramai yang takkan datang. so aku and mira naw pun nak join skali. dapat pahala :p tapi last minute aku tak jadi sebab tak bagitau parents pun. hahaa. pagi ni, ibu masuk bilik and kejut aku. ibu cakap petang ni nak gi KL, gi SALOMA BISTRO. cus ade MAKEOVER CHALLENGING. so kitorang nak gi la tengok sape yang menang. competition ni from one of the magazines of my mum's office. pagi ni, kitorang gi shopping dulu. kat OUG. jualan hebat parkson! haha :D alia beli seluar jeans, aku beli satu t-shirt muller. rambang mata sangat sangat sebab semua lawa. hmm lepas shopping, balik rumah jap, tukar baju then terus gi saloma bistro. kitorang bertiga je. ibu, alia and aku. best gi sana! sebab tak pernah gi pun. artis? tak la ramai sangat. tapi aku sempat ambik gambar dengan aaron aziz! huh, hensem baii! muke jambu! tapi dah ade bini x) mula mula agak bosan. sebab macam takde apa apa. lastly best, sebab ade pertunjukan yoyo. yang main yoyo tu sume profesional. one of them is syakir, ranking no.3 of asia. terer beb die main yoyo. alia minat sangat kat syakir ni, sebab hensem =.=

aaron aziz!









lepas habis semua kat saloma bistro tu, on the way balik, cikna call. die cakap die ade kat midvalley. so ape lagi, kitorang terus ke midvalley. sampai mid, parking susah giler H1N1 nak cari! hmm plan nak tengok wayang. tapi tak sampai setengah jam kat dalam mid, abah call and suruh balik cepat. sebab saudara dari penang dah sampai kat pudu raya. so kena la ambik mereka mereka kat sana. plan tengok wayang pun terbengkalai. tapi sebelum balik, sempat shopping lagi. mula mula gi body glove jap. cuci cuci mata. cuci dulu, baru beli x) ibu beli baju untuk alia. aku lak ambik socks. aku nak beli cap skali tapi semua cap kat situ yang display punye. kotor lak tu. so kitorang cari tempat lain. kitorang masuk studio R jap. nak cari cap untuk aku. dah dapat! cap adidas :) white colour. then abah call, tanya kat mana. aku jawab dah nak keluar dah ni. hee. padahal tengah shopping. abah bising la jugak. then ibu suruh balik cepat cepat. mase tengah jalan nak balik tu, kitorang lalu depan body shop. pergh, ape lagi, singgah la jap. bukan kejap, tapi lama :p yoyo o nak beli itu ini, lastly, beli losyen je. losyen ni wangi (: botol die kecik. so senang la nak bawak masuk library :D sampai rumah, cikna dah ade kat rumah. die sampai awal. then abah terus ambik saudara kat puduraya. aku, ibu, cikna and lain lain gi makan kat taman medan. lepas makan, cikna hantar balik then mereka pun balik ke putrajaya. rumahku syurgaku, rumahnya syurganya :D


Wednesday, July 22, 2009

keropok lekor

seperti yang dijanjikan, aku bawak keropok lekor gi sekolah. satu tupperware aku bawak. mula mula ibu letak agak penuh. tapi aku kurangkan sebab banyak sangat. takut tak habis. sampai skolah, diorang suke aku bawak :D before rehat dah licin keropok lekor tu! kuantiti yang disangkakan terlalu banyak, tapi sebenarnya tidak cukup untuk merekaa! haha :D bak kata mira naw, dah macam PIRANHA. serang keropok lekor tu! habis sampai hampir semua kena sos kat baju. memang niat aku bawak untuk kawan kawan tapi aku yang lebih makan :D memang sedap sebab still fresh lagi (pujisendiri) x) and aku pikir nak ambik pic keropok lekor sebelum makan. tapi tak sempat sebab piranha piranha ni tak tahan lapar. main serang je.

licin habess!

piranha 4accounts1

piranha piranha yang jadi mangsa serangan sos x)

kakngah's wedding!

16julai2009
balik kampung! lepas skolah, aku tak pergi library. sebab petang tu nak balik terengganu. yo yo o abah tak bagi gi library, konon nak gerak awal. tapi kitorang bertolak 6.30pm! memang tengah malam la sampai. on the way, aku terus message kawan kawan yang aku dah bertolak. kang aku tak message kang, nanti diorang marah :) kat highway, jam baii. aku kalau boleh nak sampai awal. tapi asyik jam je. hmm kitorang sampai rumah mak saudara aku, yang aku panggil mama, hampir pukul 2am. tapi semua orang dalam rumah tak tidur lagi. bakal pengantin pun masih terjaga. rumah mama dah cantik :) sebab dah renovate. tapi halaman rumah makin sempit. sampai ibu cakap, tak pernah pernah ibu tengok kaki canopy sampai atas jalan. haha.



17julai2009
pagi jumaat, pagi yang amat bermakna untuk nooratul ashikin, cousin aku yang aku panggil kakngah. semua bersiap untuk ke masjid kristal. majlis akad nikah kakngah and abg suhaimi kat masjid kristal. excited nak pergi sebab tak pernah pergi! hmm kampung kat terengganu tapi masjid kristal tak pernah pergi :p ouh ya, yang kebaya putih tu, bukan untuk dipakai masa akad nikah. tapi dipakai untuk kenduri nanti. so, hari akad nikah tu, kitorang semua pakai baju kurung putih yang mama tempah. saudara yang lain pun serba putih jugak. berseri dan suci je mase tu :D mase akad nikah, aku tengok abg suhaimi nervous giler. and masa die terima nikah pun, bagi aku die macam gagap sikit. tapi semua kat situ setuju setuju belaka :) hmm berseri je kakngah masa tu. happy happy selalu yee. jangan nakal nakal xD malam tu plak, semua busy prepare segala benda. busy siapkan wedding gift. susah buat benda alah ni. kene lipat lipat sampai jadi kotak. kena buat 1000 kotak! masa tu, 500 pun tak sampai lagi rasanya. then kena gosok baju lagi.









18julai2009
majlis persandingan! kenduri ni sebelah kakngah dulu. hmm memang sebelah perempuan dulu kan? :D tema? warna merah putih. and aku suka baju pengantin yang kakngah pakai tu. lawa. and kalau nak tau, sepanjang masa aku kat terengganu, akulah tukang gosok baju. baju pengantin, baju aku, baju iqah, baju adik adik aku, baju ibu abah, even baju abg long and kaklong pun aku gosok. penat weyhh. berdiri lama sampai nak tertanggal kulit tapak kaki ni. takpe takpe, aku ikhlas :D haa, mase kakngah and abg suhaimi bersanding, aku yang jadi pengapit. first time jadi pengapit weh. mula mula aku ade gak tanya kakngah, sape yang jadi pengapit. tapi kakngah cakap mungkin takde. sebab takde couple nak jadi pengapit. last minute, kebetulan aku, iqah and alia pakai sedondon hari tu, so aku and iqah jadi pengapit. alia, tukang bagi bunga telur. aku kipas abg suhaimi :) best jadi pengapit sebab muka banyak masuk camera. kakngah kata senang famous kalau jadi pengapit. hahaa. tapi penat giler. panas beb. last last, aku kipas diri sendiri. sampai aku and abg suhaimi kongsi tisu lap peluh. tu pun aku suruh alia ambik satu kotak tisu letak tepi pelamin. senang nak tarik. malam, kitorang makan moist chocolate cake, salah satu hantaran abg suhaimi kepada kakngah. sedap. semua berebut. tengah malam pulak, aku, iqah, mama, abg suhaimi, ayah cik and abg long kira duit yang orang ramai bagi masa kenduri. banyak woo.. rm7018. *cash* :D then kitorang bukak hadiah. banyak jugak hadiah yang orang bagi. tapi tu semua kakngah and abg suhaimi punye laaa..







19julai2009
kenduri sebelah pengantin lelaki pulak. rumahnya tak la jauh sangat. dalam 30km dari rumah mama. kendurinya simple saja. masa nak makan tu, semua pakat nak makan dalam rumah, sebab ade kipas. kat luar panas. haha. pengantin serba peach gituu. masa tu aku pakai baju yang sama masa akad nikah. haha. sebab dah takde baju lain dah. aku memang tak bawak baju kurung dari rumah pun. ramai jugak yang datang. tapi tak seramai masa kenduri rumah kakngah. haaa, hari ni kakngah kena tinggal kat rumah mertuanya! aku and iqah sempat buli kakngah. konon nanti kakngah mesti kena dera basuh pinggan mangkuk, periuk belanga yang besar gedabak tu. haha. aku lak cakap mesti mak mertuanya garang! :D then ade kawan kawan abg suhaimi baru datang. semua berpakaian pejabat mase tu sebab hari tu orang kerja. salah sorang dari mereka, ade ex-boyfried kakngah. ape lagi, aku gi kecoh kecoh kat ibu. kakngah malu giler and cubit aku. sakit! yela, kitorang cakap cakap and pandang pandang ex-boyfriend kakngah, die pun macam perasan la.. so kakngah malu la. nasib baik abg suhaimi takde masa tu xD petang, aku ajak ibu and abah gi pantai. dah lama tak nampak laut. masa gi pantai, kitorang berlima je. aku, ibu, abah, ariff and aqilah. happy masa tu. dapat relax relax. sambil makan makan keropok lekor, pisang goreng, sotong and udang celup tepung. then baru lepak tepi pantai, sambil melayan perasaan yang sedang merana ni....











20julai2009
masa untuk balik kuala lumpur :( sangat sedih jugee. kaklong pun balik sekali dengan aku. tapi lain lain kereta, lain lain jalan la. sebab kaklong kena hantar iqah balik MRSM kat melaka dulu. and paling paling sedih, kaklong kena tinggalkan anaknya, adiff selama seminggu dengan mama. sebab abg long ade kursus. so, susah untuk kaklong jaga adiff tanpa abg long. pagi tu pulak, adiff menangis nangis, nak kena dukung je. seolah olah die tau yang kaklong tak boleh bawak die balik. tapi nasib baik masa nak bertolak tu adiff dah tidur. kalau tak, susah jugak. kaklong mengalirkan air matanya, hmm yela... ibu mana yang tak sedih tinggalkan anak walaupun seminggu, lagi lagi anaknya masih bayi. hmm aku bertolak dalam 12.30pm. dalam perjalanan nak balik, aku ingatkan ibu, jangan lupa belikan keropok lekor lebih sikit. sebab classmates aku nak melantak. hahaa. aku beli keropok lekor kat kemaman. habis rm20 untuk keropok lekor je. takpe laa, untuk kawan kawan aku (: sampai rumah, dalam 8.30 malam.