Subscribe to RSS feed

Friday, October 23, 2009

amira syazana's openhouse

one week before amira's openhouse, memang dah inform ibu awal awal nak pergi rumah amira. kalau cakap lambat lambat, nanti tak dapat pergi. gerak dalam pukul 1 pm. rumahnya di putra perdana, puchong. tak pernah jejak aku kat tempat ni. jauhh! sangat jauh! patut la minah ni selalu lambat sampai sekolah. memang terpencil la tempatnya. amira ajak semua classmates. tapi yang datang? dua orang jee. aku and mira naw. cukup la tiga orang mieerahh. ouh yaa, 'husband' amira pun ada jugakk. makin berbunga bunga hati dia bila MR. ALIF HABIBI ada sekali. tu pun mama dia ajak and suruh tolong tolong basuh pinggan.

kalau ikotkan, lepas openhouse amira, banyak lagi openhouse lain. tapi aku cakap kat ibu yang aku nak stay kat rumah amira sampai malam. sebab nak tolong mama dia. memang tak cukup pembantu pun. so, aku and alia pun stay la kat rumah amira and plan nak balik malam, suruh mama amira hantar.

sekali, tunggu punya tunggu bila la openhouse nak habis, erghhh.... memang tak habis habis. pukul 11pm pun ada yang bertandang. haihh.. mama amira pulak memang tak terlayan tetamu. and tak boleh nak cakap apa dahh, terpaksa bermalam la jugak kat rumah amira.

pagi esoknya kena kemas kemas rumah. susun susu pinggan semua.. banyak jugak kerja kena buat. amira awal awal lagi dah kena dera suruh sapu depan rumah.

malam pulak, amira ajak pergi tengok teater kat dewan bahasa dan pustaka. cousin dia ada berlakon. tajuk teater tu LINGKARAN KAPUR. mama amira tak pergi. so yang ambik kitorang dari rumah, cousin amira jugak. abang afiq namanya.

thanks to abg afiq and kak arisa.

Thursday, October 1, 2009

great!

SEMASA DI SEKOLAH
AMIRA SYAZANA & RINA ADILAH
thanks sebab bawak kuih raya. sedap sedap belaka. berebut macam PIRANHA. sebelum rehat dah licin. semua muka macam tak pernah nampak kuih raya.

SELEPAS SEKOLAH
AMEERAH & AMIRAH
makan ice cream berduet. kira dating la ni. dah lama tak dating kan syg kan. suasana yang amat ''romantik''. lain kali kita dating lagi ok. muah kau situ sana sini ;]

siti zahratul's openhouse

thanks a lot to my fixed driver..... kerana membawa kami semua ke rumah zahratul selepas waktu sekolah.

'kami' adalah;
-nurul izzatul ameerah
-nor farhana
-amirah nawwarah
-rina adilah
-huteyshini


zahratul? dia tak datang sekolah! alasan, sebab nak masak masak. kalau dia datang, siapa nak masak kan kan kan. mak dia penat =.=' dan dan kau ehh. cari punya cari rumahnya, kitorang tak tau rumahnya nombor berapa. alaaa, senang nak cari. aku dari hujung menjerit panggil zahratul! zahratul! nasib baik dia sahut. apa lagi, SERANGG!