13 nov 09Pergi sekolah macam biasa. Sarat bawak beg macam nak lari rumah. Sampai sekolah, aku lalu gate C sebab malu nak bawak beg besar lalu gate B. Hee. Then terus ke bilik kaunseling, menunggu Cik Hazwani. Then tolong tolong apa yang patut. Paling bagus sekali, student sesi pagi yang ikut serta kem ni yang datang sekolah macam biasa, 2 orang je. Aku and Khalillah. Yang lain semua pakat datang tengahari. Bangang gila :p Paling ramai yang ikut serta kem ni, Junior. Yang senior pun tak sampai suku. Semua sekali 68 orang. And guru guru pengiring, Cik Hazwani, Puan Nor Zalifah, Cik Zaidah and Cik Asyikin.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, sebab driver salah jalan. Suasana hutan sudah menjelma. Perasaan semakin tidak sabar untuk memulakan aktiviti. Di sana, kami disambut oleh beberapa orang fasilitator, antaranya Abg Khai (Khairul Anwar bin Rosnan). Kami di-briefing sambil menjamu selera. Penat semakin bertambah sebab nak masuk ke kawasan tu kena jalan kaki, agak jauh jugak. Lebih kurang dari library mbpj ke pj old town :p
Ouh ya, kami tidak dibahagikan kumpulan. Jadi, boleh tidur dengan siapa siapa dalam khemah. And my tent-mate is
Siti Nur Syafiqah, Nasyitah and Nor Shahaina. Best tidur dengan korang :)
Malam, kami sama sama nyanyi lagu
Atas Nama Cinta (UNIC) and
Bersama (Devotees). Memang tak pernah dengar tapi sekali dengar, terus minat. And lagu
Bersama tu sesuai untuk persahabatan, sahabat yang sentiasa bersama dan membantu kita. hmmm.

baru sampai

that's me (:
kena jalan sebab bus tak boleh masuk, kan?
Abg Khai mem'briefing' kami
ceramah dari Poknik
sesi paksa minta hp number, tarikh lahir, and tandatangan :p
rajin anak amiruddin ini (:
14 nov 09Bangun pukul 5 pagi. Sebab tak nak berebut bilik air. Tapi rupa rupanya ramai yang dah mandi dari pukul 3 pagi lagi. Then boleh lagi sambung tidur. Pukul 7.30, excersice with Abg Shah. handsome *gatal* x) Excersice seperti biasa and taichi sekali.
After breakfast, semua siap siap untuk jungle tracking. Tak pernah pernah aku jungle tracking sebelum ni. Jadi, masa ni la nak kutip pengalaman. Untuk jungle tracking ni, kami dibahagikan 4 kumpulan. Kami masuk hutan and kena lintas sungai. Memang basah kuyup semua kasut. Sampai di satu tempat, kami dilepaskan kumpulan demi kumpulan. Aku kumpulan 3. Jadi, agak lama nak tunggu giliran. Semasa jungle tracking, kami memang tidak ditemani oleh mana mana fasilitator. Hanya dengan kerjasama antara ahli kumpulan sahaja. Jika tidak tahu arah tujuan, kami harus menjerit ''hud hud'' sekuat hati kami dan akan disahut oleh fasilitator yang berbunyi lebih kurang seperti ''huuuuuuudd''. Selepas mendengar sahutan tersebut, kami dikehendaki menuju ke arah sahutan itu sehingga kami jumpa fasilitator.
Banyak juga halangan seperti tumbuhan yang berduri. Pacat? Itu sudah semestinya. Dan satu aktiviti yang paling semua peserta benci,
masuk lumpur! Memang lumpur semulajadi. Tapi kan, eeeeeyeekk! Semua orang kena masuk dalam lumpur and kena masukkan kepala dalam lumpur. Erghh, memang geli. Lepas tu kena daki bukit lagi. Dah la lumpur banyak masuk dalam kasut. Pastu kena daki bukit dengan kasut yang berat dengan lumpur. Sebelum balik ke kem,
Abg Khai bagi mandi sungai kejap, nak buang segala lumpur kat badan. Nanti senang sikit nak mandi kat kem.
Malam,
Night Walk! It is
Misi Mencari Nur. Masuk hutan lagi, dengan tidak bertemankan apa apa cahaya walaupun lampu jam. Dan masa ini, tiada lagi kumpulan. Hanya
seorang demi seorang akan dilepaskan. Yup, seorang! Dalam gelap and memang gelap. Satu apa tak nampak. Seperti biasa, jika ingin tahu di mana tempat berhenti, hanya dengan menjerit
''hud hud'' sekuat kuat kuat hati kerana ini dilakukan berseorangan. Jika tidak kuat, tiadalah sahutan
''huuuuudd'' dari fasilitator. Semasa berjalan, aku hanya bertemankan ayat Kursi sahaja. Dan hanya jalan ke depan dan tidak langsung pandang ke belakang. Sebab clue yang diberi oleh
Abg Khai adalah
''Jika terpegang benda lembut, ikut kanan, jangan pandang belakang dan jangan menjerit''. Dengan mendengar clue itu saja sudah naikkan bulu tengkung aku. Dan alhamdulillah, aku berjaya sampai dengan tenang dan tidak menangis sebab aku cuba tenangkan hati dengan diamkan diri sebelum masuk ke hutan lagi.
cik asyikin, cik zaidah, pun zalifah and cik wani

a lil bit advice from Poknik


while waiting before jungle tracking

ini kumpulan saya (:

juniors

dari kiri; Siti Nur Syafiqah and the juniors

Abg Khai yang comel :D

my MJ t-shirt ):


muka muka penuh lumpur




bersihkan lumpur di sungai!
15 nov 09Saat untuk berpisah dan pergi dari tempat yang meninggalkan
1001 kenangan yang semestinya tidak akan aku lupakan sama sekali. Tapi sebelum itu, kami ada aktiviti lagi. Hanya di dalam kawasan kem. Ada 4 checkpoint. First checkpoint is
Flying Fox. Aktiviti ni dibahagikan kumpulan. Im the first group, and the first group play the Flying Fox and
i am the first start the game. Hee. Memang dah booking awal awal dari semalam nak jadi orang pertama main Flying Fox tu. Game ni bukan terus main Flying Fox. Untuk sampai ke Flying Fox, kitorang kena panjat dari pokok ke pokok yang semakin tinggi dengan melalui kayu balak, tali gantung, kayu papan, tayar gantung and ada la lagi. Sebelum nak 'fly', aku jerit sekuat hati
''Saya Nurul Izzatul Ameerah binti Amiruddin siap sedia untuk berlepas!''. Kuat gila aku jerit sampai semua pandang. Orang pertama la katakan. Hee.

Flying Fox briefing

Paling best checkpoint 4. Yang ni kena dibahagikan beberapa orang untuk menjadi
orang bisu, orang buta dan orang normal. 4 orang buta dipilih dan salah seorangnya aku. Orang normal mesti mengarahkan orang buta untuk mencari bata dan susun bata mengikut apa yang disuruh dengan memberi arahan dan dapat informasi dari orang bisu. Masa ni, aku hanya concentrate pada suara
Iylia Shafiqah, 4C1. Yang ni memang banyak cabaran sebab terlalu ramai yang menjerit and fasilitator pulak kacau kacau dengan beri arahan yang salah.
Abg Shah tu pulak tak habis habis ikut aku and hasut aku ikut cakap dia. Tapi aku still ikut cakap
Iylia. Hmm, saat untuk pulang semakin hampir. Rasa memang tak nak balik. And yes, semestinya aku akan merindui segalanya di sini. Dari pintu masuk, padang, kantin, dewan, bilik air, bilik mandi, dan semuanya akan aku rindu. Kepada fasilitator, Abg Shah yang taichi bersama kami, kepada Abg Star, rambut abg cute (: , kepada Abg Wan yang dua hari tak mandi, Abg Din yang sangat comel masa briefing Flying Fox :D, Abg Haikal, Abg Jukri, Abg Luqman, dan tidak lupa kepada Poknik (Nik Mohd Azam) yang terima kehadiran kami di tempat ini, dan yang paling penting sekali kepada Abg Khai, yang banyak banyak banyak bantu kami semua, sabar dengan perangai kami, banyak beri kami keyakinan untuk melawan ketakutan di dalam kecerahan juga kegelapan. Ya Abg Khai, you are right. Seburuk buruk perkataan pun, saya ucap Terima Kasih Yang Teramat Banyak pada Abg Khai. Tak pernah rasa benci sepanjang kem di sana. And thanks sebab bagi lagu Atas Nama Cinta (UNIC) dan Bersama (Devotees). Lagu tu akan sering bermain di fikiran. And instrumetalis Doaku, music ni sangat best. Saya menangis dengar music ni. Ouh ya, masa kita nyanyi lagu Kim Kam Bai, saya suka tengok muka Abg Khai sebab comel bila sebut ''Cak Cak'' :D
Saya Sayang Semua!
p/s: pic me with abg khai and abg shah tak ada. cikgu tak bagi lagi ):