Subscribe to RSS feed

Friday, February 26, 2010

Aquaria, KLCC - Nasi Lemak Antarabangsa, Jusco Ampang

Yeayy, Ibu ajak pergi Aquaria hari ini dengan tiba tibanya. Kaklong and family, Kak Ngah, Abg Ngah and Iqah pun ada. Ini kali kedua aku pergi Aquaria. First time masa darjah 6, lepas UPSR. Masa tu aku rasa macam best je gi Aquaria. Tapi kali ni aku pergi macam bosan je. Ular pun kecil kecil. Yang besar besar tak ada :D Ingat nak lepak lepak kat Taman tapi hujan pulak.

Lepas tu pergi makan di Nasi Lemak Antarabangsa, Jusco Ampang. Aku order Nasi Lemak + Sambal Sotong. Sedaaapp. Anda cubalahh :p Then shopping sikit. Aku beli underwear je :p










Iqah <3


Adiff : Oii, lama tak jumpa x)



:D




Ibu <3


Kanan : Suka sangat dapat makan dua pinggan
Kiri : Terharu sangat xD






Adiff VS Ibu

p/s : Had a lot of fun with them <3

Saturday, February 20, 2010

Wishing you the happiest of birthdays ,




ADIFF IMRAN BIN MOHD SYAHMAN
20 FEBRUARI 2008 - 20 FEBRUARI 2010

Happy 2th Birthday, Stich !
You are very special
And you deserve the best
I wish you a wonderful life
Filled with love and happiness

p/s : I love you forever, Adiff Imran :]

Monday, February 15, 2010

Don't talk to an arrogant people like him ,

Bangga sangat ke kalau dah jadi Science student ni? Konon busy sangat sampai ajak jumpa pun tak ada masa. Aku pun tak la nak sangat jumpa dia. Tapi gila berlagak la kan sampai cakap ''Maklumlah, Science student selalu busy. Banyak PEKA kena buat. Bio lagi.'' Macam orang lain tak busy. Aku rasa semua calon SPM akan busy, kan. Tapi bak kata dia, ''You tak se-busy I.'' Apa la masalah dia cakap macam tu. Dia rasa dia ni rajin sangat belajar kat rumah? Super student kat sekolah dia? Then tak ada masa buat itu ini?

Bangga sangat ke kalau dia kata yang dia tak selalu message dengan girlfriend dia, tapi selalu calling calling je? Sebab tu tak banyak message. Sebab kaya sangat, boleh topup banyak banyak and calling caling dengan girlfriend. Ke girlfriend dia yang sibuk call dia? Dia pula goyang kaki tunggu call dari girlfriend dia? Bangga kan, tak payah message message. Apa barang message message, macam tak ada duit je. Baik call terus.

Bangga sangat ke kalau semalam sambut Valentine's Day dengan girlfriend yang datang jauh dari luar ibu kota, walaupun ditemani dengan ibu bapa si girlfriend, di hotel lima bintang, dan dia pula bermalam di hotel tersebut? Wahh, hubungan yang sudah direstui oleh ibu bapa masing masing walaupun kedua duanya baru berusia 17 tahun. Tapi tak masuk 17 tahun lagi. Silaturahim pun terikat di antara dua keluarga walaupun tali pernikahan belum terikat.

Bangga sangat ke kalau dah kata semalam dah have fun dengan girlfriend di hotel lima bintang, hari ni nak ajak girlfriend keluar lagi, esok Sunway Lagoon? Lepas tu buat baik, ajak aku join sekali pergi Sunway Lagoon. Then bangga dia boleh ajak aku sebab dia boleh drive untuk ke Sunway Lagoon esok. Kalau tak ada kereta, tak ajak aku la. Ataupun niat dia nak menyakitkan mata aku? Pleasee la.

Bangga sangat ke kalau seseorang tu dikenali ramai orang, walaupun dia bukannya artis terkenal? Konon dia nak rasa yang dia tu disukai ramai orang, mungkin disebabkan rupanya, walaupun fizikalnya agak kurang. Ataupun dia rasa dia boleh dapat mana mana perempuan yang dia nak, walaupun perempuan tu milik orang lain. Umpama petik jari, ikan terus makan umpan.

Macam tu ke super student? Konon rajin belajar, busy 24 jam, PEKA sana sini, tapi perangai macam stupid student. Selalu gunakan orang lain untuk keuntungan sendiri, pentingkan diri, bangga diri, riak bila bercakap walaupun dengan kawan, lagi lagi dengan perempuan. Mungkin dengan aku jela kot. Dengan orang lain, Wallahualam.

p/s : To the girlfriend, we still friends :]

Hati gumbiraaa ,

Have fun with family. Daripada keluar tak tentu hala, lebih baik luangkan masa dengan keluarga tersayang :) Mandi mandi, tapi aku tak mandi. Sebab tak bawak baju. Sebab ingat ramai orang. Tapi tak ada orang langsung ! Tempat tu sebenarnya tutup sempena CNY, tapi guard tu bagi masuk. So tak payah bayar. Mandi free je :p Tempat ? Rahsiaa. Kalau korang tau, tau laa :p Area PJ jugaa. Lepas tu, makan di A&W. Lama tak pekena Root Beer :]



:D





Ouhh ya, pesanan untuk semua. Jika makan di luar, hati hati dan teliti dengan makanan yang diorder tu. Jangan jadi sampai macam ni ;

dah berkulat !

Sunday, February 14, 2010

Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true!


MAZLINA BT JUSOH
14 FEBRUARI 19** - 14 FEBRUARI 2010

Happy Birthday to you, Cik Na !
She's one of my lovely auntie :p
Yang kecil tu anak kedua Cik Na
Ilham namanya, ehemm :]


I think I need everybody ,

Yeahh, hari ni adik aku, Nur Izzatul Alia Aishah berjaya menyelesaikan Rubix Cube dengan sendiri :D Dia dah lama mintak aku ajar dia since last December. Tapi baru baru ni aku rajin ajar dia. Dan hari ni dia berjaya menyelesaikannya sendiri. Good job, good job :] Lepas ni kau boleh la show off kat orang lain. Haha. Tak payah la, dah tak musim dah sekarang ni. Ada beberapa students 5Accounts1 je still dengan Rubix Cube. Korang lambat la. Aku dah pass since lastyear lagi :D Tu la, siapa suruh tak nak belajar dengan Mira Naw time dia tengah rajin. Aku jugak bertuah dapat belajar dengan dia. Terima kasih kerana mendidik aku, Mirah Naw :D

Lepas ni adik adik aku yang kecik tu pun mesti nak belajar, kan kan? Demi adik adik tersayang, aku sanggup tak tidur malam semata mata nak ajar mereka. Mandi tak basah, tidur tak lena pun takpe. Cehh :D Ouhh, cuti CNY kali ni macam bosan je. Nak hang out dengan member? Mimpi la akuu -.- Aku pun tak fikir nak hang out dengan member sebab aku tahu, takkan dapat. Kan Ibu kan? :D Duduk rumah, kemas rumah, tengok rumah. Semuanya yang berkenaan dengan rumah. Rumahku syurgakuu. Study? Dah berazam nak study smart tapi..? Kerajinan belum sampai :p Ada ke macam tu? Habis la exam nanti.

Hmm rindu pulak kat kawan kawan semua. Rasa macam memang nak stay dekat 5Accounts1 tu. Tidur sana, tak payah balik rumah. Andd, lama dah tak dating dengan kau, Mirah Naw. Dulu kita selalu dating berdua kat library, makan ice cream sama sama. Em Isnin depan kita makan ice cream kat Old Town nakk? Berdua lebih baik :] Kawan kawan yang di luar sekolah tu, apa cerita eh? Rindu gila kat semua. Dah lamaaa tak jumpa. Shasha, Husna, Husnul Muhayya, Danish, Amir Syazwan, Ezzaty, Kak Eyka, Akim, Shah, Farid, Wan Atira. Ramai lagi. Nak disebut satu satu memang tak cukup jari nak taip. Andd ada jugak yang belum lagi berpeluang nak jumpa.

p/s : Ehemm, bila nak jumpa ni?
:D

Saturday, February 13, 2010

farhurizamier dibubarkan?

Farhana, Huteyshini, Rina, Zahratul, Mira, Mirah, Meera

Sama ada nak atau tidak. Bagi aku, kalau salah seorang daripada kita tak bagi commitment, lebih baik berpecah saja. Daripada orang tersebut yang keluar daripada kita. Aku bukan nak jadi besar kepala, atau nak jadi ketua dalam group kita. Tapi masing masing ada hak untuk rasa puas hati. Aku tahu, ada antara korang yang tak puas hati pada sesuatu benda, kan? Aku tak nak cakap siapa siapa. Korang yang rasa, korang tahu sendiri. Kalau korang sayangkan Farhurizamier ni, buatlah apa apa yang patut. Jagalah hati kawan masing masing TERUTAMA dalam group kita. Bukan membelakangkan antara kita.

Sebenarnya aku tak sanggup nak cakap pasal bubar bubar ni. Tapi takkan nak berdiam. Aku tengok semua pun senyap, tak nak bersuara. Padahal aku tahu, ada yang tak puas hati pada sesuatu benda tu. Dan aku harap, antara kita janganlah jadi seperti orang yang cepat tutup mulut bila dah selalu kena sumbat dengan duit.

p/s : Semoga kekal.

Sunday, February 7, 2010

Gelak gelak dari mula sampai habis


06 Februari 2010

Semalam baru dapat tengok Adnan Sempit. Ibu dapat 3 free tickets. Sangat jam masa on the way to Sunway Pyramid. Masuk panggung pun lewat 10 minit. Kempunan nak tengok starting dia. Tapi tak apa, cerita memang sangat sangat best. Gelak tak henti henti. Plan nak tengok before pergi Indonesia, and Ibu memang dapat 5 free tickets. Tapi tarikh tickets tu 23hb Jan. Masa tu ada kat Bandung. So Abah and adik adik yang pergi. Aku, Ibu and Alia baru dapat pergi semalam.

p/s : I Love You, SHAHEIZY SAM :p

Saturday, February 6, 2010

Merentas Desa, 2010

Tahun ni punya Merentas Desa, memang kitaorang betul betul semangat. Lagi lagi Farhurizamier ni :D Kecuali dua ekor ni la, Zahratul and Farhana. Gedik nak sangat jadi QM sebab malas lari. Tapi tak apa la, mereka ni juga yang jaga barang barang haram kitaorang. Seperti biasa, mesti ada markah lebih untuk rumah sukan bagi yang dapat top 100. And that's why aku semangat gila tahun ni, sebab nak dapatkan nombor. Sebab sebelum sebelum ni aku tak pernah langsung dapat nombor.

Dan Alhamdulillah, hajat kesampaian jua tahun ni, aku dapat jugak nombor. No.63 ! Bangga la sikit :D Walaupun tak cukup power, at least i got the number okay. Tahun terakhir sekolah baru dapat nombor :p Good try what. Dan seperti yang korang tahu, hari ni juga hari ganti sekolah. So lepas Merentas Desa, sesi P&P berjalan seperti biasa x( Oleh kerana kelas kelas semua digunakan pagi dan petang, jadi kami yang sesi pagi ni, wajib beralah dengan adik adik kesayangan sesi petang tu.

Dan tempat yang ditetapkan untuk 5Accounts1 adalah di Maths Room 1. Tahu tak di mana? Ataaaaasss sekali, sebelah bilik komputer. Tak boleh tinggi lagi ke cikgu? Paling suka sekali, nasib baik tak belajar Maths tadi. Kalau ikutkan memang kena belajar tapi semua dah buat muka taik, konon penat. Padahal peluh dah kering, boleh gelak gelak lagi, bila cikgu suruh belajar, baru kata penat. Boleh lagi main game yang sangat membisingkan kelas. Aku, Mira, Mirah, Pamela, Sylvia (the albino gorilla), Su Ann, and Iznie paling bising. Main game yang sangat menguji minda. Game yang boleh buat orang tension. Nak tahu, tanya Iznie :D

Tuesday, February 2, 2010

I hope all your birthday dreams and wishes come true.


AMIR SYAZWAN BIN LOKMAN
02 FEBRUARI 1991 - 02 FEBRUARI 2010

Kesimpulannya, semakin bertambah tahun, semakin pendek orangnya
Sayang awak sentiasa, ketot
Semoga sentiasa dalam keadaan yang baik baik :)
Dan semoga bertemu dengan perempuan idaman awak tuuu, ehemm
;)