Subscribe to RSS feed

Tuesday, March 30, 2010

Meet Gabriel Nicky Firmansyah and the gangg ,

Yea yea, aku tahu aku dah lama tak update blog kesayangan aku ni. Aku nak cerita sikit ni, akhirnya aku dapat berjumpa dengan cik abang Nicky dari seberang, Jakarta, Indonesia. Dia yang tolong Ibu booking hotel and segala benda masa kat Indonesia dua bulan lepas. And semalam dia datang rumah aku. Ibu buat makan makan untuk diaorang semua. Uncle Che Li, Uncle Habib dan rakan pun ada.
Hati sangat berbunga bunga bila Nicky datang rumah. First time jumpa masa dua bulan lepas masa di Indonesia. Second time semalam. Macam macam Ibu masak. Ada nasi ayam, caramel, laksam, sotong, and ada la lagii. Aku tengok Nicky makan punya la berselera. Aku tahu Ibu buat memang sedap :D Kan Ibu kannn.

Gabriel Nicky Firmansyah
Memang buat macam rumah sendiri -.-
Lepak lepak time
p/s : Nicky, datang la lagi !

Tuesday, March 9, 2010

Meet dentist, PPUM

Datang sekolah seperti biasa. Appointment dengan doktor pukul 9.30am. Ibu ambil dari sekolah dalam pukul 8am. Terus ke PPUM. Appointment pukul 9.30am, dia suruh jangan datang lambat. Bila aku sampai awal, doktor pulak tak sampai lagi. Then kata nak cabut gigi tu pukul 10am. Mangkuk -.- Memang lama kena tunggu. Ibu pulak macam tak larat nak tunggu lama lama sebab Ibu pun lelah. Athma tiba tiba datang.

Nurul Izzatul Ameerah pun dipanggil :] Yang akan merawat aku tu bukan doktor pakar, tapi student. Macam praktikal gituu. Agak takut juga sebab takut diaorang buat aku lagi sakit gigi ni :D Tapi doktor praktikal kat PPUM Insyaallah serba boleh :] Ada dua orang, Mr. Yong and Miss Chia. Mr. Yong agak sedap mata memandang. Sukaaaa x) Masa kena rawat dengan diaorang ni, aku banyak gelak je. Dia ketuk ketuk gigi aku pun, aku gelak je xD Tapi bila yang pakar datang, naik muka cuak aku. Serious je muka. Nampak macam melayu, tapi dari Myanmar.

Sempat ambil gambar tau. Semua kerja Ibu :p Aku kena bius dua kali. Sakit memang sakit, tapi kali kedua tu, sakit gila. Aku menjerit jugak, sampai doktor praktikal jiran sebelah pun tengok aku. Ibu kata, apa la jerit jerit, dah 17 tahun dah. Macam budak budak x) Takut baii. Masa nak cabut tu, walaupun dah dibius and tak rasa sakit, tapi cara dia tarik tu ganas. Rasa ketat and bila nak longgarkan, bunyi ''krekk krekk''. Tu yang tak boleh dengar tu . Bayangkan kalau tak kena bius? Main cabut je x( Perit perit. Dia cabut tak sampai 10 minit pun. Then terus balik. Cehh, tunggu lebih sejam. Nak cabut kejap je. Apa apa pun, semuanya free :p Beruntung kalau ibu atau bapa kerja government. Alhamdulillah~~


Bergurau senda? xD


Sebelum dicabut :p




Bakal bakal doktor gigi yang berjaya :] Aku sorang je patient yang bising :p



Masa ni nak longgarkan gigi. Tu yang bunyi ''krekk krekk'' tu :p Muka cuak baii.



Bakal doktor, Miss Chia and Mr. Yong ;)

p/s : Hajat tidak kesampaian. Impian tinggal impian ~~

Just like fine wine, you grow better with the years


Tuan Zaim Ilham bin Tuan Halim
09 Mac 2008 - 09 Mac 2010
yang ke - 2

I love you forever ever ever :]

Saturday, March 6, 2010

Karnival Keusahawanan SMK Assunta '10 - Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall

Karnival SMK Assunta kembali lagi ! Kali ni Karnival Keusahawanan. Happening sangat sangat. Yang aku jemput tu, rugi tak datang. Zack, Aqari, Shazwan, Nurul Ain, Aizat, Azrul, Farid, Hakim, Merul, Nizam, Rahmat, Syafiq, Shasha and Zul, habis credit aku forward message kat mereka mereka ni suruh datang, tapi seekor pun aku tidak nampak. And ada seekor kambing jantan yang hitam manis tu, mula mula gila confirm kata nak datang, last last pagi karnival tu pulak kata tak jadi. Sesungguhnya Ameerah memang sakit hati.

Dah dah, kita cerita pasal karnival. Ehemm, gerai kelas aku, 5 Accounts 1 macam macam ada. Tak la macam macam sangat. Aku bawa caramel dari rumah. Aku buat, Ibu cakap je. Sedap tauu :p Licin habis, LAKU ! First customer, ada budak mana tahh. And last customer, Miss Usharani. Thanks cikgu, habiskan caramel saya :] Kesian Amira sebab tak dapat rasa. Tu la, datang lambat sangat. Yang lain ada jelly, candies yang comel comel, chocolate cake, soft drinks and henna. Soft drinks tu mula mula tak laku sebab jual RM2. Bila jual RM1, mak aii, habis. Tu baru dalam gerai. 5 Accounts 1 ada buat games kat padang, Water War yang tak berapa 'war' tu. Bukan itu sahaja, 5 Accounts 1 ada jual DJ. Haha :p Bawa DJ la. Siapa siapa nak request lagu or make a dedication, kena bayar.

Tahun ni memang aku semangat gila untuk karnival, dapat la support sikit sikit. Tapi service support memang banyak. Yela, mereka mereka yang aku jemput tak datang langsung. So dari pagi sampai tengahari aku jaga gerai je. Padang pun aku tak pergi tengok. Rumah hantu? Plan nak pergi sebelum time duty. Tapi sebelum time duty pun aku dah jaga gerai. Memang syok la kan orang yang aku tolong gantikan tu. Terutama chinese group kelas aku. Entah ke mana diaorang pergi pun tak tahu. Tapi tidak mengapa, aku ikhlas membantu x) Andd itu sahaja tentang karnival :]



Hutey, Iznie, Amirah


Zati, Amirah, Farhana, Ameerah and Iznie




Caramel buatan sendiri yang sangat sedap :D Laku tauu x)


Joannita and Roshini


5 Accounts 1's stall







Thanks to Maslina :)



Tukang kipas : Farah Hanim


Pn. Norazilawati <3

Ehhhh ehh, belum habis lagi pasal hari ni. Haha. Lepas habis karnival, aku terus balik rumah. Tak sempat nak rehat pun, terus mandi and keluar. Ibu ada bowling di Wangsa Walk Mall, by Utusan Karya dan wakil wakil dari anak Utusan yang lain. Aku and Alia selaku bodyguard tetap Ibu, WAJIB menemani :p Belum pernah lagi jejak Wangsa Walk Mall ni. Baru je dibuka. Bila masuk mall, bau bau cat pun masih ada. Best la jugak, tak ramai orang. Sampai je Wangsa Bowl, memang ramai. Dari syarikat lain pun ada. So kena tunggu diaorang habis main sebab lane tak cukup. Aku nak main jugak tapi lane dah dipenuhi dengan Utusan Karya. So, dari pukul 4pm - 8pm, aku tengok jela Ibu main.

Bosan memang bosan, tapi dapat jugak cuci mata. Agak ramai yang sedap mata memandang :p x) Tapi yang bestnya, diaorang buat kategori kategori seperti Pemain Lelaki/Wanita Terbaik, Pemain Lelaki/Wanita Markah Tercorot yang banyak masuk longkang, Pemain Lelaki Paling Sopan dan Pemain Wanita Paling Havoc. Haha, sounds funny. Dan untuk Pemain Wanita Paling Havoc adalah, Rosmawati Idris, Ibu saya sendiri ! Yeayy ! xD Dapat jam tangan, aku yang pakai. Tak muat untuk Ibu :p

Balik naik LRT, dari LRT Setiawangsa- LRT Taman Jaya. Sebab masa pergi, tak bawak kereta, my uncle yang hantar. Sampai rumah, terus tidur and terbangun pukul 1am, si kambing call. Habis dia kena marah sebab tak datang x)

Warga warga Utusan Karya




Group Ibu, 22
from left : Abg CDNas, Uncle Zam and Aunty Zila. Baby tu, Luqman Hakim. Sumpah comel gilaa :p





from left : Uncle Habib (Jamu Mak Dara's owner), Ibu, Alia, Kak Shana, Kak Ai, Uncle Bohari (MC)(Tauke Julie's Biscuit) and Uncle Che Li

p/s : Walaupun tak dapat main boling, dapat juga 'hasil' bila balik x)