Subscribe to RSS feed

Thursday, March 3, 2011

I'm back to you, bloggie !

Assalamualaikum semuaa, kepada yang mengikuti blog saya ni. Itu pun kalau masih follow lagi lahh. Maklumlahh, hampir 8 bulan tak update blog ni. Yeahh macam macam terjadi pada tahun lepas. Sibuk sangat dengan persediaan SPM and internet memang haram, tak ada kat rumah. So, sangat sangat tak ada masa nak update blog. Sekarang ni, saat ini, pada pukul 2.17pm, 4 Mac 2011, saya rasa semangat pulak nak update ;D

Banyak post yang ditangguhkan. Semuanya ada dalam draft. Tapi saya nak abaikan semua tu. Kita mulakan cerita baru :)) Past is past. Tapi tak apalahh, saya cerita serba sedikit tentang apa yang saya buat sekarang ni.

Lepas je habis SPM, saya apply kerja jadi volunteer di Petrosains KLCC. Pada 24 Dec, saya dipanggil untuk interview kerja. Alhamdulillah saya dapat kerja tu. Thanks to Abg Hafeez dan Abg EG sebab tolong ;) Dan sekarang saya adalah volunteer Petrosains yang sah :p Dan sangat sangat happy dengan kerja tu. Alhamdulillah.

Keputusan SPM semakin hampir ! Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik untukku dan sahabat sahabatku. Dan seandainya kami tidak mendapat yang terbaik untuk keputusan itu, Kau berikanlah yang terbaik untuk masa hadapan kami. Dan janganlah Kau sesatkan kami ke jalan maksiat -__-

Saturday, July 24, 2010

Hari Keluarga Kumpulan Utusan 2010

Tahun ni aku rasa macam baru first time pergi Hari Keluarga Kumpulan Utusan. Sebelum ni pun Ibu tak ajak pergi. Tahun ni Utusan buat di Desa Waterpark. Ni kali kedua aku jejak Desa Waterpark. Kalau ikutkan aku dah tak nak jejak tempat ni lagi, cukup la last year first and last aku jejak tempat ‘kotor’ ni. Haha. Faham faham jela. Ramai sangat k****g dengan b****a. Geli aku nak mandi xD Kitaorang sampai pun lambat. Ada je masalah kat rumah sebelum nak keluar. Kalau tak bising tak sah keluar rumah :D

Sharifah Shahirah adalah pengacara untuk Hari Keluarga ni. Agak best la. Semua orang tahu, dia kan kelakar. Artis pun tak ramai. Ada Alyah, Adam AF2, Shima, Shila OIAM, Ifa Raziah, Black, and last sekali yang veteran, Jefri Din. Mula mula agak tak best, semua tak ada respond. Kiranya bila Alyah, Adam and Shima nyanyi, macam syok sendiri je. Diaorang banyak layan budak budak sebab yang dewasa tak bagi respond. Agak bosan. Lagi lagi kitaorang semua duduk belakang sekali. Memang tak nampak apa yang diaorang buat.

Tapi masa turn Black nyanyi, haaa... Ni yang nak cerita nihh. Mula mula Black nyanyi lagu MUH, aku tak ingat apa tajuk lagu. Then masa dia nak nyanyi lagu kedua, dia tanya penonton, siapa yang tahu lagu Sofia Jane. Aku yang kat belakang sekali sengaja la angkat angkat tangan. Dah sorang pun tak angkat. Alia and Ibu pun angkat tangan sebab diaorang tahu yang aku tahu lagu Sofia Jane. Sekali Black nampak ! Then dengan lajunya, Black melangkah besar menuju ke tempat duduk kitaorang. Masa tu aku rasa macam maut hampir tiba. Jantung aku jangan cakap la, macam nak terkeluar. Malu sebab semua pandang.

Bila dia dah ada kat sebelah aku, dia suruh aku nyanyi part yang first lagu tu. Dia nyanyi dulu then aku sambung. Sekali Ibu suruh aku pergi nyanyi kat depan. Apalagi, Black paksa aku ikut dia pergi depan stage. Malu kot ! Semua orang pandang. Haihh, sumpah aku malu. Lemah lutut lemah jantung. Tapi boleh lagi senyum lebar. Depan stage pulak, aku tak menghadap orang ramai, tapi menghadap Black je. Sebab malu ! Boleh lagi dia tanya depan orang ramai yang aku single ke tak. Ibu pun dah fikir lain macam. Tanya nama dengan tinggal kat mana boleh tahan lagi. Hmm bila lagu dah start, aku nyanyi menghadap belakang. Kiranya aku membuntuti orang ramai la. Gila ? Hmm habis satu lagu aku nyanyi dengan Black. Suara dah la terketar ketar. And boleh pulak Black pegangkan mikrofon sebab tangan aku menggeletar. Haha. Tapi kejap je. Tapi best apaa x)

Terciptalah saat saat indah Ameerah dan Black. Haha. Best laa, masa nyanyi dia selalu pandang aku :p Best + nervous yang terrrramat ! Im gonna miss you, Black ! Hmm, Black pun Black laa xD



with Auntie Asmah's family

Danila




Auntie Asmah, Ibu and me

Ibu and Azrai




with Ifa Raziah



alalala malu malu plak akuu -.-






x)
:D


pasangan berduet terbaik xD


Blackiee ~~
with Sharifah Shahirah
Eh ehh, cerita tak habis lagi. Korang tak nak baca sudahh. Ni blog sayaaa. Dah habis sesi berhari keluarga, aku terus pergi office Ibu, ambil purse Ibu yang tertinggal ! Then terus ke Alamanda sebab Cikna and family menunggu. Saja jalan jalan. Sekarang ni aku kerap jumpa Cikna and family seminggu sekali. Kalau kitaorang tak pergi Putrajaya, diaorang yang datang rumah aku.

Tak buat apa pun kat Alamanda. Jalan jalan cuci mata. Makan makan di The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayamm ~~ Macam macam perangai aku tengok Irfan. Dia lapar, mula la buat muka. Letak kepala atas meja. Mintak order pun lambat ! Padahal tak ramai orang pun. Btw, aku dah mula angaukan Black. Takpe kan Ibu ? :D

teman teman istimewakuu

nak itu ini, duit taraakk

xD

Zaim and me

Irfan : Satu Malaysia !!



balah sokmo dua beranak nih

Tuesday, July 13, 2010

Our simplest celebration ,

Sempena ulang tahun Farhurizamier yang pertama, kitaorang pergi makan makan kat A&W. Alaa, student budget, boleh laa. Nanti dah ada income sendiri nanti, kita buat lagi gempak ye sayangggs. Baru seghonokk !

Untuk cukupkan tujuh orang masa makan makan tu, kitaorang pilih hari di mana semua orang boleh stayback. Jadi kitaorang pilih hari ni. Sekali yang pergi cuma lima orang sahaja. Memang aku rasa nak cekik je dua orang yang tak datang tu, Amira Syazana and Zahratul. Amira tak datang sekolah. Fine laa, dia sakit. Tapi Zahratul datang sekolah ! Dia tak pergi, alasannya sakit perut. macam budak kecikk -.-

Aku harap next anniversary nanti kita buat lagi best dari tahun ni. Harap harap kita kekal walaupun nanti kita berjauhan. Aminn !



poser habis budak nihh xD


Hari Informasi Peringkat Daerah Petaling

Hari ni ada pameran kerjaya di Dewan D'Klana, Kelana Jaya. Semua sekolah daerah petaling dijemput hadir. Tapi bukan semua form5. SMK Assunta pun dua kelas je yang pergi, 5A1 and 5C1.

macam macam ragam :p



with my classmates <3

apa apa jela Joannita x)

Ulang tahun yang tak jadi :p

Since 13rd July 2008
Kan best kalau masih bersama x)

Wednesday, July 7, 2010

farhurizamiers 1st anniversary

Happy happy happy our 1st annyversary, FARHURIZAMIER !
Muahh muahh !
7 Julai 2009 - 7 Julai 2010
-Nor farhana bt Shaik Abd Kader
-Huteyshini a/p Balarajoo
-Rina Adilah bt Ridzwan
-Siti Zahratul Wahidah bt Musa
-Nurul Izzatul Ameerah bt Amiruddin
-Amirah Nawwarah bt Abdullah Zubir
-Amira Syazana bt Kamarul Zabil